Friday, April 11, 2014

baik, lebih baik dan terbaik.

Assalamualaikum.

terlalu lama dah tak menulis. masih lagi sibuk dengan macam-macam benda sampai tak cukup tangan. teringinnya nak berehat sebentar. :p

motif hari ni bukannya nak menulis cuma nak berkongsi something yang saya pon dpt dari kawan saya. Jadinya tazkirah tu bermula mcm ni:

Kita ada anak kecil.Umur 3 tahun.
  Satu hari. Kita tengah masak di dapur.

  Si anak ternampak pisau.
  Merengek-rengek dia menangis.
  Nakkan pisau jadi mainan.
  Agak-agak kita bagi?

  Tentu lah tidak, kan.

  Adakah ini tandanya kita tidak sayangkan anak?
  Bahkan, kerana sayanglah kita enggan berikan.
  Walaupun di mata anak. Pisau itu 'menyeronokkan'
  Tapi kita lebih tahu. Ia merbahaya untuk anak kita.

  Kita lebih tahu. Anak tidak tahu.

  Begitu juga.

  Kita dengan Allah.
  Kita 'merengek' nakkan sesuatu.
  Tetapi Allah tidak izinkan.
  Adakah Allah tidak sayangkan kita?

  Bahkan, kerana sayanglah.
  Kemahuan kita tidak diturutkan.
  Malah diganti dengan yang lebih baik.
  Kerana apa yang kita mahukan itu.
  Mungkin kelihatan baik pada pandangan kita.
  Tapi tidak pada pengetahuan Allah.
  Allah lebih tahu.
  Kita tidak tahu.



 Jika tiada rezeki anak,
 mungkin diberikan rezeki mertua yang baik.
 Maka kita lebih bahagia dari mendapat anak yang liar.


 Jika tiada rezeki wang ringgit,
 mungkin diberikan rezeki kesihatan.
 Maka kita lebih bahagia dari kerisauan menjaga harta dunia.



 Jika tiada rezeki kereta mewah,
 mungkin diberikan rezeki kenderaan yang jarang menimbulkan masalah.
 Maka kita lebih bahagia dari membayar kerosakan yang mahal.



 Jika tiada rezeki rumah yang besar,
 mungkin diberikan rezeki makanan yang tidak pernah putus.
 Maka kita lebih bahagia dari si gelandangan.



 Jika tiada rezeki pasangan yang cantik,
 mungkin diberikan rezeki pasangan yang baik dan pandai menguruskan rumahtangga.
 Maka kita lebih bahagia kerana hidup berteman dan terjaga segala.



 Jika tiada rezeki jodoh,
 mungkin diberikan rezeki umur ibu bapa yang panjang.
 Maka kita lebih bahagia dapat berbakti sepenuhnya pada orang tua.



 Jika tiada rezeki hari ini, mungkin ada rezeki yang lebih baik pada esok hari.
 Maka kita lebih bahagia kerana rezeki yang tidak dijangka.



 Bersabar. Bersyukur. Berusaha. Berdoa. Bertawakal.
 Hanya Dia, Allah Yang Maha Adil."

Jadinya, setiap apa yang dah Allah tentukan, Insyallah yang terbaik untuk kita.
Kita cuma perlu berusaha, berdoa dan berusaha lagi sebaik yang kita mampu.

notakaki: oh. berharap dipermudahkan segala urusan saya. amin. :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...